Khamis, 29 Mac 2012

nasihat itu indah :)





Daripada Abu Ruqaiyyah   Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu   adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”

manusia suka menilai orang yang menegurnya bukan apa yang ditegurnya kan.. i strongly believe statement tue..!!  selalu selepas orang itu memberi teguran kita mesti akan cakap " cermin muka awak tue dulu macamlah bagus sangat macamlah dah baik sangat padahal perangai teruk nauzubillah" 

dekat new feed pesbuk kemain masing-masing nak up status power-power kan.. nak kumpul like agaknya (berdasarkan pengalaman sendiri...hahaha) eahhh!! awak taktahu kita bila orang update status islamic mcam tue dia sebenarnya nak ingatkan diri dia sendiri tapi dia kongsilah sekali dgn kawan-kawan "sharing is caring" so bila dia nak buat apa yang dia tulis mesti dia malu kan... mencegah dengan perbuatan dan juga lisan apa salahnya :)

kita manusia kan... sama-samalah ingat mengingati.. tapi bila awak nak ingatkan orang awak cakap baik-baik bole tak ? kenapa awak nak belagak baik ?? " eahhh! aku tak suka lah orang yang pakai tudung macam tudung saji kemain nak mekap 7 inci segala tak semayang ke kau eak ??? " kalau saya kena macamtue jgn menyesal hidup bila kena penampau tanpa henti.. amboiiii...!! cakap elok-elok sikit awak tue eahh.. sbb tue orang angin je " sibok nak jaga tepi kain aku.. tepi kain kau koyak tak tau ke?" hahaha 

"ikut suka aku lah nak pakai apa nak seksi ke apa kubur asing-asing jangan nak semak-semak sangat eah" awak mmg lah kubur asing-asing tapi nanti sapa yang nak uruskan awak ? awak nanti nak mati kenalah mandi jenazah dulu siap pakai kain kapan sendiri awak kan  pro tahu bila awak nak mati kan... jangan susahkan orang tau nanti.. lepastue awak gali lubang tujuh kaki tue sendiri kita tak dapat nak tolong sbb kubur katanya asing-asing.. nanti soleteeepppp mulut awak tue jangan buat bising dekat dalam tue.. kesian jiran sebelah dengar awak meraung.. kan bila kat dalam tue orang nak tidur awak nie suka menyusahkan orang lah... 



Adab-adab memberi nasihat


  
    1. Meluruskan niat sebelum menasihati  
    
    2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.   
    
    3. Bersih hati semasa menasihati.   
  
  4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati   saudara. 
  
  5. Memberi waktu dan kesempatan 





  "Jangan   jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia   untuk dinasihati"
       

“Barangsiapa yang menasihati   seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang   sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak   orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang   dinasihati.”


more review click me

Tiada ulasan:

Catat Ulasan