Selasa, 27 Mac 2012

JODOH

Dulu masa zaman sekolah form 3 kebawah tak pernah terfikir sekelumit pon nak bercinta.. couple tue takde dalam list kehidupan aku.. lelaki waktu tue tak penting langsung.. handphone pon takde… tak perlu kan internet.. nak guna pon tak reti..

Entah kenapa sejak masuk sekolah teknik aku rasa macam teringin nak cuba.. macam best pulak tengok orang bercinta nie.. dapat macam-macam.. dan alhamdulillah aku dapat jumpa seorang lelaki yang betul-betul baik.. sangat istimewa sbb dia lelaki pertama yg Berjaya buat aku mengenal erti percintaan sebenar (urkkkk.. maaf ayat nie over ) dia bagi aku waktu tue sangat-sangat baik… seriously dia sangat penyabar dan bila tgok je muka dia subahanallah sejuk mata memandang J

Walaupun waktu tue tengah hangat bercinta tetap aku berdoa diberikan jodoh yang baik..  alhamdulillah doa aku diterima allah tapi setiap bahagia itu memerlukan pengorbanan.. hubungan aku dengan dia semakin lama semakin renggang.. dan sampai sekarang takda kata putus yang memisahkan ikatan tidak halal ini. Mungkin ini cara allah memisahkan aku dan dia.. allah knows best.. allah nak berikan aku dan dia pasangan yang lebih baik.

Bukan senang nak lupakan cinta pertama kita…hanya allah yang tahu... makan masa satu semester untuk aku terima kenyataan tiada jodoh antara kami… ya allah.. kenapalah dulu aku nak mencuba.. lebih baik aku tak pernah kenal apa itu cinta dari aku belajar cara untuk melupakan seseorang yang terlalu baik dengan aku dulu. Betul, fasa awal perhubungan sangat indah.. tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. makin lama makin hilang kemanisannya…

Memang best pon hidup sorang-sorang.. takde sape nak kawal kita.. kita boleh buat apa sahaja yang kita nak.. nak keluar dengan siapa tak perlu jaga hati orang..ehem J  tapi kadang-kadang mesti kita nak ceritakan something dan mintak pendapat someone.. waktu tue betul2 mencabar… taktahu dah kat siapa… L

Alhamdulillah sekarang aku dapat lupakan  cinta pertama tue dan menjadi antara kenangan paling indah dalam hidup ini..  terima kasih ya allah kau makbulkan doaku…  sekarang baru aku betul-betul faham kenapa “in islam no love before married” sebab bila kita bercinta sebelum berkahwin allah akan tarik nikmat itu bila-bila masa sahaja..

Dear adam,

if you love me let me know. if not gently let me go because i'm not have much time to consider your feeling to me.. just waste a time.. please appreciate me before another person take your place in my heart.

Lepasnie mmg dah serik nak bercinta.. tahap kepercayaan dah hilang.. hati nie tertutup nak terima orang.. hurmmm… hebatnya cinta pertama tue kan J  tapi lagi hebat cinta terakhir tue Cuma allah je tahu siapa J

bukan i love u bukan i miss u bukan i nak couple dgn u tapi na dengar "aku terima nikahnya noraisyah bt md shah dgn mas kahwinnya rm22.50"

kalau awak betul-betul sukakan  seorang perempuan tue.. lamarlah dia.. mungkin itu cara paling baik sebenarnya.. bukannya bercinta bagai nak rak last-last kesudahannya tak terjadi dengan baik.. jodoh itu rahsia allah.. soalan yang takde jawapannya hingga tiba saat itu kan J

bismillahirrahmanirrahim…

ya allah jika dia jodohku tercipta untukku, satu kanlah hatiku dengan hatinya pada waktu dan ketika yang sesuai.. jika dia bukan untukku jauhkanlah hati ku dengan hatinya.. kau tetapkanlah hatiku.. berikanlah aku jodoh yang baik yang mampu menjadi imam dalam setiap solatku.. menjadi pemimpin anak-anakku kelak.. ya allah jika aku jatuh cinta.. jatuhkan lah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu..  amin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan