Memaparkan catatan dengan label ilmiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmiah. Papar semua catatan

Sabtu, 7 April 2012

maafkan saya :)


ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما، وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله، وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار
” Tiga perkara yang jika ada pada seseorang maka akan dirasai kemanisan iman. Pertama, menjadikan Allah dan Rasul sebagai kecintaan yang lebih tinggi berbanding selainnya. Kedua, tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah. Ketiga, benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana benci dicampak ke dalam neraka. “
[ H.R Bukhari ]

maafkan saya... saya mintak maaf sangat kalau tak dapat balas perasaan cinta awak itu.. bukan sebab saya memilih rupa paras, bukan sebab saya nak lelaki kaya dan bukan sebab saya....... (buatlah ayat awak sendiri)

sebenarnya kannn... hati saya sudah tertutup untuk mana-mana lelaki.. hati saya dah tawar.. tak rasa pape.. perasaan suka tue datang kejapppp je lepastue terus rasa biasa... cinta lagilah mmg takde langsung dah dalam list hidup saya sekarang... sbb tue saya tak dapat nak bagi feedback positive :)

boleh tak saya nak mintak satuuu je... berkawanlah dengan saya seikhlas yg awak mampu.. hilangkan perasaan yang lebih jauh dari itu.. awak tahu kan in islam no love before married.. supportlah saya untuk kearah itu bukan ajak saya terjerumus sekali lagi untuk jatuh cinta kepada seseorang yang tidak halal bagi saya..

kalau betul awak suka saya boleh tak awak simpan perasaan itu dalam hati awak ? biar allah je yang tahu.. bila satu hari nanti awak dah cukup semuanya... awak dah bersedia.. awak baru bagitau saya... dan waktu tue.. awak kena berfikiran terbuka sama ada saya terima atau tidak.... sebab apa ? 

"cinta itu bukan paksaan cinta itu kurniaan allah yang paling indah... yang tak dapat dilihat tapi dapat dirasai"

ehem ehem sweetnya kalau orang yang cakap dia suka kita pada waktu dia benar2 bersedia nak peristerikan kita... kebetulan kita admire dekat dia dari dulu lagi... mesti senyum paling lebar sepanjang hari.... nak macamtue!!!! 

Makan daging ayam itu adalah halal, tetapi makan daging ayam yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana perbuatan mencuri itu sendiri. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.



Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk melakukan maksiat atau zina, maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat telah terpesong. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin berkahwinlah.

Islam datang bukan untuk berkata: 

“Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.


” Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Jika kamu memandangnya, kamu gembira. Jika kamu menyuruhnya, dia taat kepada kamu. Dan jika kamu tiada di sisinya, maka dia menjaga kehormatannya dan harta bendamu “.
[ H.R Muslim, Nasaie dan Ibn Majah ]

Khamis, 29 Mac 2012

nasihat itu indah :)





Daripada Abu Ruqaiyyah   Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu   adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”

manusia suka menilai orang yang menegurnya bukan apa yang ditegurnya kan.. i strongly believe statement tue..!!  selalu selepas orang itu memberi teguran kita mesti akan cakap " cermin muka awak tue dulu macamlah bagus sangat macamlah dah baik sangat padahal perangai teruk nauzubillah" 

dekat new feed pesbuk kemain masing-masing nak up status power-power kan.. nak kumpul like agaknya (berdasarkan pengalaman sendiri...hahaha) eahhh!! awak taktahu kita bila orang update status islamic mcam tue dia sebenarnya nak ingatkan diri dia sendiri tapi dia kongsilah sekali dgn kawan-kawan "sharing is caring" so bila dia nak buat apa yang dia tulis mesti dia malu kan... mencegah dengan perbuatan dan juga lisan apa salahnya :)

kita manusia kan... sama-samalah ingat mengingati.. tapi bila awak nak ingatkan orang awak cakap baik-baik bole tak ? kenapa awak nak belagak baik ?? " eahhh! aku tak suka lah orang yang pakai tudung macam tudung saji kemain nak mekap 7 inci segala tak semayang ke kau eak ??? " kalau saya kena macamtue jgn menyesal hidup bila kena penampau tanpa henti.. amboiiii...!! cakap elok-elok sikit awak tue eahh.. sbb tue orang angin je " sibok nak jaga tepi kain aku.. tepi kain kau koyak tak tau ke?" hahaha 

"ikut suka aku lah nak pakai apa nak seksi ke apa kubur asing-asing jangan nak semak-semak sangat eah" awak mmg lah kubur asing-asing tapi nanti sapa yang nak uruskan awak ? awak nanti nak mati kenalah mandi jenazah dulu siap pakai kain kapan sendiri awak kan  pro tahu bila awak nak mati kan... jangan susahkan orang tau nanti.. lepastue awak gali lubang tujuh kaki tue sendiri kita tak dapat nak tolong sbb kubur katanya asing-asing.. nanti soleteeepppp mulut awak tue jangan buat bising dekat dalam tue.. kesian jiran sebelah dengar awak meraung.. kan bila kat dalam tue orang nak tidur awak nie suka menyusahkan orang lah... 



Adab-adab memberi nasihat


  
    1. Meluruskan niat sebelum menasihati  
    
    2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.   
    
    3. Bersih hati semasa menasihati.   
  
  4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati   saudara. 
  
  5. Memberi waktu dan kesempatan 





  "Jangan   jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia   untuk dinasihati"
       

“Barangsiapa yang menasihati   seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang   sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak   orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang   dinasihati.”


more review click me

calon suamimu


cakap pasal calon suami semuanya ada idaman kalbu masing-masing.. biasanya kalau perempuan nie dia jenis tak bape nak kesah sangat... tapi mestilah nak pilih future yang betul-betul takkan lah nak main tangkap muat janji ada dari takde... awak kena tahu "late is better than never" jgn terlalu terburu-buru dan jangan pulak terlalu memilih..                 

Sedap mata memandang

Tak semestinya kacak dan macho macam model hotstuff tue tapi biarlah bila kita pandang rasa sejuk je mata nie.. pedulikkk arhh orang cakap muka dia macam pecah rumah ke yang penting kita suka tgok dia dah cukup baik “bukan ekauuu yg nak kawin…ayo!” so ignore je eahhh org nak kata apa.. nak dengauu cakap orang mmg tak kemana… tapi ada orang kata jgn nak memilih sangatlah… tipuuu!!! Manusia ada nafsu kannn… mestilah nak molek-molek lidah boleh tipu orang hati Cuma allah je tahu J

Pendidikan

Tak semestinya bakal suami kita tak pernah sekolah kita amek PHD (bukan perasaan  hasad dengki) so tak bole kawin.. tapi mmg pelik pong tak sepadan arnn… alah ilekkk arh belum tentu kita blaja tinggi2 kita nie bagus blaja setakat nak pekse je buat apa (jgn terasa diri sendiri) orang yang tak pernah sekolah entah-entah lagi hebakkk dari kita kansss…

Kerjaya

Takkan nak nikah gantung lama-lama pon… kenalah kerja jugak.. keja tue kena lebih advance lah dari bini barulah bestkan.. owesome ! bukannya bini keja akauntan ekau duduk rumah goyang kaki jadi mr mama… unlike lah! Amboiiii… tahu tak tugas suami tue apa ???  biar keja kilang tapi jadi engineer kan. Don’t  judge a book by it’s cover

Usaha

Dah hensem.. abang sadong lagi.. hotstuff tuee!! Pandai wehhhhh setiap sem dekan anugerah pelajar cemerlang dari darjah satu taknak kalah. Kerjaya ? jangan cakaplah jadi pilot!!! Orang kaya merlimau katanya.haha  tapi tak pernah berusaha nak tambat hati bini nak pegi mana semua tue.. baik tapayah semuanya nak hidup selesa.. makan tanggung bxxxx cangkung gituuu ?? usahalah lah biar dia tgok kita nie kerja kutip sampah tapi appreciate dia.. bukannya buat tak tahu je bini pon manusia kan ada perasaan.

Paling penting !!!

Agama

Yang duniawi tak bawak pegi mana.. carilah suami yang mampu menjadi imam yang baik.. yang mampu memimpin kita dan anak-anak kita..bukannya mintak dibimbing.. sama-sama berubah jadi lebih baik.. tak jadi imam muda tape yang penting sama-sama meluruskan jalan yg bengkang bengkok tue.  Ya allah sweet nya J

Kesimpulan dari ceramah petang-petang nie.. terimalah kekurangan pasangan kita…

“kekuranganmu adalah kelebihan bagiku” (bisik kat telinga dia tau ayat nie)

Kisah silam semua tue usahlah dikenang.. think your future… kita yang corakkan hidup kita.. kan awak dah besauuu..

“cintai seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang bukan siapa dia sebelumnya”


Isnin, 20 Februari 2012

gatal nak kawin

semenjak umur dah makin meningkat tipulah aku takde keinginan nak kawin... aku sorang je kew??? eah sengih2 pulak kau pon sama kan.. eceh malu letueeee!!haha setiap manusia semua nak rasa pengalaman itu... nak rasa sekali je tauuu... ewahhhh kemainn lagi..hahaha

nie nak kawin dengan sapa? calon takde nie.. acane nie ? alhamdulillah setakat nie masih tak terdesak lagi nak bercinta semula.. cukuplah sekali.. janji ada pengalaman sudaa... 

" seorang perempuan itu dinikahi kerana 1 daripada 4 perkara.. kerana agamanya.. hartanya.. keturunannya dan kecantikkannya"

agak-agak aku nie kategori yang mana satu ?? 

aku cakap je nak kawin.. kalau betul2 orang datang meminang.. mmg taklah aku taknak lahh nak sambung blaja amek degree kalau boleh sampai PHD.. (sedangkan diploma pon tercungap-cungap)..

jom baca doa nak tak ??

bismillahirrahmanirrahim.. ya allah, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam." amin

ini amek dekat google then edit sikit-sikit bagi nice kan.. sharing is caring <3