Sabtu, 31 Mac 2012

"seorang pergi sepuluh mari"

"seorang pergi sepuluh mari" boleh guna pakai peribahasa nie bila terkena batang hidung sendiri.. ada orang kata bestlah ramai orang suka... bagi aku ramai-ramai nak buat apa kalau setakat suka je... sekejap je suka pastu hilang.. tak nak memaksa katanya...BOOOOOO!!!! loser... yes u :)

setiap orang ada impian perkahwinan masing-masingkan... ikotkan hati mmg nak macam-macam nak kahwin dekat kayangan bersama jutaan manusia yang ensem kacak bergaya yang cantik manis anggun... dari atas pelamin bole cuci mata..huhu tapi apakan daya itu semua adalah mustahil dan tak logik...

sebelum kahwin kena ada :
- rumah 
- kereta
- kerjaya

selepas kahwin kena :
- jadi imam setiap solat
- pemimpin
- pembantu peribadi
- pendengar yang baik

ituuuu je..... bukannya demand sangat pon.. tapi kalau boleh kita nak yang terbaik dalam hidup kita kan... :)

persediaan nak kahwin tak perlukan hantaran berdulang-dulang... cukuplah senaskah al-quran sebagai hantaran, rm22.50 sebagai mas kahwin dan sedikit belanja untuk jamuan kecil-kecilan.. mestilah kena buat kenduri sbb nak inform kat orang.. kenduri kesyukuran katanya :) 

nak kawin tak susah pon pucuk pangkal dalam diri kita jugak betul ke kita nakkan dia atau sekadar nak bercinta dan putus ditengah jalan.. ingat! jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang :)

sikap yang tak dapat dikikis dalam diri ini ialah nak pasangan yang sepadan... tak taulah rasa macam best je kalau jadi "pinang dibelah dua" kalau kita nakkan jodoh kita yang baik kita kena lah jadi yang terbaik jugak kerana perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik...




Khamis, 29 Mac 2012

nasihat itu indah :)





Daripada Abu Ruqaiyyah   Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu   adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”

manusia suka menilai orang yang menegurnya bukan apa yang ditegurnya kan.. i strongly believe statement tue..!!  selalu selepas orang itu memberi teguran kita mesti akan cakap " cermin muka awak tue dulu macamlah bagus sangat macamlah dah baik sangat padahal perangai teruk nauzubillah" 

dekat new feed pesbuk kemain masing-masing nak up status power-power kan.. nak kumpul like agaknya (berdasarkan pengalaman sendiri...hahaha) eahhh!! awak taktahu kita bila orang update status islamic mcam tue dia sebenarnya nak ingatkan diri dia sendiri tapi dia kongsilah sekali dgn kawan-kawan "sharing is caring" so bila dia nak buat apa yang dia tulis mesti dia malu kan... mencegah dengan perbuatan dan juga lisan apa salahnya :)

kita manusia kan... sama-samalah ingat mengingati.. tapi bila awak nak ingatkan orang awak cakap baik-baik bole tak ? kenapa awak nak belagak baik ?? " eahhh! aku tak suka lah orang yang pakai tudung macam tudung saji kemain nak mekap 7 inci segala tak semayang ke kau eak ??? " kalau saya kena macamtue jgn menyesal hidup bila kena penampau tanpa henti.. amboiiii...!! cakap elok-elok sikit awak tue eahh.. sbb tue orang angin je " sibok nak jaga tepi kain aku.. tepi kain kau koyak tak tau ke?" hahaha 

"ikut suka aku lah nak pakai apa nak seksi ke apa kubur asing-asing jangan nak semak-semak sangat eah" awak mmg lah kubur asing-asing tapi nanti sapa yang nak uruskan awak ? awak nanti nak mati kenalah mandi jenazah dulu siap pakai kain kapan sendiri awak kan  pro tahu bila awak nak mati kan... jangan susahkan orang tau nanti.. lepastue awak gali lubang tujuh kaki tue sendiri kita tak dapat nak tolong sbb kubur katanya asing-asing.. nanti soleteeepppp mulut awak tue jangan buat bising dekat dalam tue.. kesian jiran sebelah dengar awak meraung.. kan bila kat dalam tue orang nak tidur awak nie suka menyusahkan orang lah... 



Adab-adab memberi nasihat


  
    1. Meluruskan niat sebelum menasihati  
    
    2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.   
    
    3. Bersih hati semasa menasihati.   
  
  4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati   saudara. 
  
  5. Memberi waktu dan kesempatan 





  "Jangan   jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia   untuk dinasihati"
       

“Barangsiapa yang menasihati   seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang   sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak   orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang   dinasihati.”


more review click me

calon suamimu


cakap pasal calon suami semuanya ada idaman kalbu masing-masing.. biasanya kalau perempuan nie dia jenis tak bape nak kesah sangat... tapi mestilah nak pilih future yang betul-betul takkan lah nak main tangkap muat janji ada dari takde... awak kena tahu "late is better than never" jgn terlalu terburu-buru dan jangan pulak terlalu memilih..                 

Sedap mata memandang

Tak semestinya kacak dan macho macam model hotstuff tue tapi biarlah bila kita pandang rasa sejuk je mata nie.. pedulikkk arhh orang cakap muka dia macam pecah rumah ke yang penting kita suka tgok dia dah cukup baik “bukan ekauuu yg nak kawin…ayo!” so ignore je eahhh org nak kata apa.. nak dengauu cakap orang mmg tak kemana… tapi ada orang kata jgn nak memilih sangatlah… tipuuu!!! Manusia ada nafsu kannn… mestilah nak molek-molek lidah boleh tipu orang hati Cuma allah je tahu J

Pendidikan

Tak semestinya bakal suami kita tak pernah sekolah kita amek PHD (bukan perasaan  hasad dengki) so tak bole kawin.. tapi mmg pelik pong tak sepadan arnn… alah ilekkk arh belum tentu kita blaja tinggi2 kita nie bagus blaja setakat nak pekse je buat apa (jgn terasa diri sendiri) orang yang tak pernah sekolah entah-entah lagi hebakkk dari kita kansss…

Kerjaya

Takkan nak nikah gantung lama-lama pon… kenalah kerja jugak.. keja tue kena lebih advance lah dari bini barulah bestkan.. owesome ! bukannya bini keja akauntan ekau duduk rumah goyang kaki jadi mr mama… unlike lah! Amboiiii… tahu tak tugas suami tue apa ???  biar keja kilang tapi jadi engineer kan. Don’t  judge a book by it’s cover

Usaha

Dah hensem.. abang sadong lagi.. hotstuff tuee!! Pandai wehhhhh setiap sem dekan anugerah pelajar cemerlang dari darjah satu taknak kalah. Kerjaya ? jangan cakaplah jadi pilot!!! Orang kaya merlimau katanya.haha  tapi tak pernah berusaha nak tambat hati bini nak pegi mana semua tue.. baik tapayah semuanya nak hidup selesa.. makan tanggung bxxxx cangkung gituuu ?? usahalah lah biar dia tgok kita nie kerja kutip sampah tapi appreciate dia.. bukannya buat tak tahu je bini pon manusia kan ada perasaan.

Paling penting !!!

Agama

Yang duniawi tak bawak pegi mana.. carilah suami yang mampu menjadi imam yang baik.. yang mampu memimpin kita dan anak-anak kita..bukannya mintak dibimbing.. sama-sama berubah jadi lebih baik.. tak jadi imam muda tape yang penting sama-sama meluruskan jalan yg bengkang bengkok tue.  Ya allah sweet nya J

Kesimpulan dari ceramah petang-petang nie.. terimalah kekurangan pasangan kita…

“kekuranganmu adalah kelebihan bagiku” (bisik kat telinga dia tau ayat nie)

Kisah silam semua tue usahlah dikenang.. think your future… kita yang corakkan hidup kita.. kan awak dah besauuu..

“cintai seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang bukan siapa dia sebelumnya”


Selasa, 27 Mac 2012

Jika Aku Jatuh Hati ♥


bismillahirrahmanirrahim.....
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…

JODOH

Dulu masa zaman sekolah form 3 kebawah tak pernah terfikir sekelumit pon nak bercinta.. couple tue takde dalam list kehidupan aku.. lelaki waktu tue tak penting langsung.. handphone pon takde… tak perlu kan internet.. nak guna pon tak reti..

Entah kenapa sejak masuk sekolah teknik aku rasa macam teringin nak cuba.. macam best pulak tengok orang bercinta nie.. dapat macam-macam.. dan alhamdulillah aku dapat jumpa seorang lelaki yang betul-betul baik.. sangat istimewa sbb dia lelaki pertama yg Berjaya buat aku mengenal erti percintaan sebenar (urkkkk.. maaf ayat nie over ) dia bagi aku waktu tue sangat-sangat baik… seriously dia sangat penyabar dan bila tgok je muka dia subahanallah sejuk mata memandang J

Walaupun waktu tue tengah hangat bercinta tetap aku berdoa diberikan jodoh yang baik..  alhamdulillah doa aku diterima allah tapi setiap bahagia itu memerlukan pengorbanan.. hubungan aku dengan dia semakin lama semakin renggang.. dan sampai sekarang takda kata putus yang memisahkan ikatan tidak halal ini. Mungkin ini cara allah memisahkan aku dan dia.. allah knows best.. allah nak berikan aku dan dia pasangan yang lebih baik.

Bukan senang nak lupakan cinta pertama kita…hanya allah yang tahu... makan masa satu semester untuk aku terima kenyataan tiada jodoh antara kami… ya allah.. kenapalah dulu aku nak mencuba.. lebih baik aku tak pernah kenal apa itu cinta dari aku belajar cara untuk melupakan seseorang yang terlalu baik dengan aku dulu. Betul, fasa awal perhubungan sangat indah.. tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. makin lama makin hilang kemanisannya…

Memang best pon hidup sorang-sorang.. takde sape nak kawal kita.. kita boleh buat apa sahaja yang kita nak.. nak keluar dengan siapa tak perlu jaga hati orang..ehem J  tapi kadang-kadang mesti kita nak ceritakan something dan mintak pendapat someone.. waktu tue betul2 mencabar… taktahu dah kat siapa… L

Alhamdulillah sekarang aku dapat lupakan  cinta pertama tue dan menjadi antara kenangan paling indah dalam hidup ini..  terima kasih ya allah kau makbulkan doaku…  sekarang baru aku betul-betul faham kenapa “in islam no love before married” sebab bila kita bercinta sebelum berkahwin allah akan tarik nikmat itu bila-bila masa sahaja..

Dear adam,

if you love me let me know. if not gently let me go because i'm not have much time to consider your feeling to me.. just waste a time.. please appreciate me before another person take your place in my heart.

Lepasnie mmg dah serik nak bercinta.. tahap kepercayaan dah hilang.. hati nie tertutup nak terima orang.. hurmmm… hebatnya cinta pertama tue kan J  tapi lagi hebat cinta terakhir tue Cuma allah je tahu siapa J

bukan i love u bukan i miss u bukan i nak couple dgn u tapi na dengar "aku terima nikahnya noraisyah bt md shah dgn mas kahwinnya rm22.50"

kalau awak betul-betul sukakan  seorang perempuan tue.. lamarlah dia.. mungkin itu cara paling baik sebenarnya.. bukannya bercinta bagai nak rak last-last kesudahannya tak terjadi dengan baik.. jodoh itu rahsia allah.. soalan yang takde jawapannya hingga tiba saat itu kan J

bismillahirrahmanirrahim…

ya allah jika dia jodohku tercipta untukku, satu kanlah hatiku dengan hatinya pada waktu dan ketika yang sesuai.. jika dia bukan untukku jauhkanlah hati ku dengan hatinya.. kau tetapkanlah hatiku.. berikanlah aku jodoh yang baik yang mampu menjadi imam dalam setiap solatku.. menjadi pemimpin anak-anakku kelak.. ya allah jika aku jatuh cinta.. jatuhkan lah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu..  amin…