Rabu, 20 Jun 2012

realiti sebenar alam pekerjaan

Assalamualaikum… lama rasanya tak update.. susah sangat na online sekarang sebab laptop rosak. Kalau online pon kejap-kejap kat office alahaiii lama-lama rasa macam not in mood na online. Lagi-lagi nak update blog..hihi adakah ini petanda baik ?
Harinie saya na story pasal situasi alam pekerjaan sebenar yg baru pertama kali saya lalui. Alhamdulillah akhirnya pencarian saya Berjaya… cari ke? Ikutkan hati mmg taknak keja tapi bosan sangat duduk rumah. Mmg banyak benda kita boleh buat kalau kat umah tapi terbatas dan hari-hari mengadap benda yg sama… nasib baik sblm laptop rosak sempat apply keje kat  jobstreet.com utk kawan2 yg masih lagi mencari pekerjaan boleh cari guna online je segalanya dihujung jari
 Ini adalah antara laman web yang famous untuk cari kerja
sekarang kat mana-mana interview in English. Lagi-lagi kalau mencari keje office company non muslim dan syarikat besauuu.. so get ready jelaa improve English every single day..hihi silalah jangan memilih kerja terutamanya fresh graduate nie.. dapatkan pengalaman walaupun gaji tak seberapa nanti bila dah lama-lama boleh demand gaji. Janganlah keje kejap-kejap nanti majikan lain akan cakap kita tak serius na kerja.
Berbalik pada topik asal..hehe Kerja dekat sini agak menguji jiwa lagi-lagi aku nie jenis yg suka bergaul.. suka bergurau.. suka berkawan… dekat sini mostly non muslim.. kaum adam.. dan semua dah terlalu dewasa.. mcm aku yg baru nak kenal dunia terasa macam tak biasa dan xboleh na IN dgn situation camnie.. tade member tapi tape ini baru cabaran. Paling scary tandas dia.. huwarghhhhh tandas unisex!! Dedo je setiap kali na g toilet..  xbole na lama-lama.. cermin pong tade kalau tudung senget sampai balik pon tetap senget..haha ingt lagi masa praktikal tido kat toilet..hihi
Nak berkomunikasi pon kena speaking.. ingat lagi masa awal-awal masuk terkelu habis jadi pekerja paling pendiam..haha yes or no and oke!haha itu jeee… lama-lama dah familiar so ringan sikit lah na bercakap tapi it upon betul2 atas urusan kerja nak bergurau sendiri tue cukuplah senyuman je.. haha
Aku harap dapat jadi pekerja yang baik.. dapat cepat tangkap apa yg diajar.. ajar ke ? bila kita kerja diorang akan anggap kita dah tau semua.. so kena fikir sendiri.. tapi dia da pesan awal2 tak paham Tanya.. abes na Tanya acane kalau dia busy sangat… tape-tape sebulan pertama mmg cenggini.. kena pandai la kawal situasi, emosi dan tekanan kerja.
Sampai sini jelaa untuk kali ini sebab kerja dah datang baru je dapat  tugasan baru nie...hehe tadi relax je sebab tade keje..  nanti kita update lagi yea cerita best-best..
"kerja itu tanggungjawab kita satu ibadah bukannya beban"

Rabu, 30 Mei 2012

temuduga pertama

assalamualaikum... 

lama tak update blog bulan mei punya takde entry langsung.. nak kata busy mmg ngadap laptop je hari-2..hehe oke jom jom baca cerita pasal temuduga pertama saya

subuh tue tak bole tido.. saja bukak jobstreet then apply semua tempat yg ada kena mengena dan dekat sekitar johor bahru.. saja nak cuba nasib.. mana tahu dapat call untuk interview.. tengah tido tue.. tiba2 dapat call dari satu company nie suruh datang interview.. alhamdulillah dapat jugak merasa kena temuduga.. awak taktau dia call kita masa kita tengah mamai.. dia speaking english laju oiii macam tade tande noktah! terkulat-kulat na paham apa dia cakap.. so na sedapkan hati masing cakap YES & OK hihihi last2 dia mengalah.. cakap bahasa melayu... kan.. pandaiiii pong.. taktau ke kerajaan tgah sibok buat kempen satu negara satu bahasa..

sebelum gerak pergi interview survey lah kat mana lah tempatnya.. rupa-rupanya dekat-dekat dgn rumah makcik.. macam gudang pon ada jugak.. scary gila.. time tue macam taknak pegi je interview.. tempat tue macam bengkel ramai lelaki.. yang buat hati tertarik ada scrambler.. kita mmg minat betul org bawak moto tue..haha

sampai je call org tue tanya pintu masuk kat mana nie.. seriously, mmg tempat tue taktau mana satu na masuk. then kena jemput kat pintu masuk.. ehem.. specialnya..haha terus dia swo masuk kat bilik meeting. then dapat satu borang suruh isi.. perghhh nie yg lemah nie isi borang.. banyak pulak tue.. apa yg tau je tulis.. dah lah tarikh  pon tak ingat, nama company tak ingat, dgn jawatan pon sama...paling sedih pen pon lupa bawak dalam beg tangan ada celak je.. mintak pekerja dia pen.. haha dia cakap "mmg kami sediakan pen untuk org interview" terasa loserr!! 

kena interview hurmm datang2 je dia speaking terus.. huwarghhhh.. terus lupa semua na cakap.. "sir i prefer  to speak in malay" bole ke mcmtue ? then dia ok je.. very nice.. ehem! cakap je laaa pot pet pot pet pasal diri aku.. pengalaman yang ada.. then tiba2 dia cakap kenapa awak taknak jadi usahawan je klau macamtue.. "saya nak keje kejap je nie buat ada-ada kesian company en takde orang nak keje" haha memain je elak kena penampau beramai2 je dalam bilik tue..haha dia tanya apa tugas admin. nie langsung aku tak search lupa tautak lupa! main ikut sedap je cakap.. konon2 pro pasal bidang nie.. dia macam paham2 je aku tak tau..haha then terangkan apa benda tue admin..bla..bla.. sama2 tersengih.. bengang >.<

pengajaran disini ialah :

kena betul-betul bersedia untuk pergi temuduga.. lagi-lagi kalau tempat tue betul2 kita nak keje.. make sure bawak pen tauu.. pakai pakaian yg sesuai untuk temuduga.. apply kat tempat yg betul2 kita rasa kita nak keje dan tiada masalah untuk keje kat situ... bukan main tangkap muat je. cari maklumat pasal company tue dan bidang kerja yg kita pohon..kena confident!! itu paling penting.. muka manis senyum mata main peranan oke well done..hihi

GOOD LUCK !!

kesimpulannya : saya tak suka pergi interview.. dulu, kini dan selamanya 

Sabtu, 7 April 2012

maafkan saya :)


ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما، وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله، وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار
” Tiga perkara yang jika ada pada seseorang maka akan dirasai kemanisan iman. Pertama, menjadikan Allah dan Rasul sebagai kecintaan yang lebih tinggi berbanding selainnya. Kedua, tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah. Ketiga, benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana benci dicampak ke dalam neraka. “
[ H.R Bukhari ]

maafkan saya... saya mintak maaf sangat kalau tak dapat balas perasaan cinta awak itu.. bukan sebab saya memilih rupa paras, bukan sebab saya nak lelaki kaya dan bukan sebab saya....... (buatlah ayat awak sendiri)

sebenarnya kannn... hati saya sudah tertutup untuk mana-mana lelaki.. hati saya dah tawar.. tak rasa pape.. perasaan suka tue datang kejapppp je lepastue terus rasa biasa... cinta lagilah mmg takde langsung dah dalam list hidup saya sekarang... sbb tue saya tak dapat nak bagi feedback positive :)

boleh tak saya nak mintak satuuu je... berkawanlah dengan saya seikhlas yg awak mampu.. hilangkan perasaan yang lebih jauh dari itu.. awak tahu kan in islam no love before married.. supportlah saya untuk kearah itu bukan ajak saya terjerumus sekali lagi untuk jatuh cinta kepada seseorang yang tidak halal bagi saya..

kalau betul awak suka saya boleh tak awak simpan perasaan itu dalam hati awak ? biar allah je yang tahu.. bila satu hari nanti awak dah cukup semuanya... awak dah bersedia.. awak baru bagitau saya... dan waktu tue.. awak kena berfikiran terbuka sama ada saya terima atau tidak.... sebab apa ? 

"cinta itu bukan paksaan cinta itu kurniaan allah yang paling indah... yang tak dapat dilihat tapi dapat dirasai"

ehem ehem sweetnya kalau orang yang cakap dia suka kita pada waktu dia benar2 bersedia nak peristerikan kita... kebetulan kita admire dekat dia dari dulu lagi... mesti senyum paling lebar sepanjang hari.... nak macamtue!!!! 

Makan daging ayam itu adalah halal, tetapi makan daging ayam yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana perbuatan mencuri itu sendiri. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.



Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk melakukan maksiat atau zina, maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat telah terpesong. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin berkahwinlah.

Islam datang bukan untuk berkata: 

“Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.


” Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Jika kamu memandangnya, kamu gembira. Jika kamu menyuruhnya, dia taat kepada kamu. Dan jika kamu tiada di sisinya, maka dia menjaga kehormatannya dan harta bendamu “.
[ H.R Muslim, Nasaie dan Ibn Majah ]

Sabtu, 31 Mac 2012

"seorang pergi sepuluh mari"

"seorang pergi sepuluh mari" boleh guna pakai peribahasa nie bila terkena batang hidung sendiri.. ada orang kata bestlah ramai orang suka... bagi aku ramai-ramai nak buat apa kalau setakat suka je... sekejap je suka pastu hilang.. tak nak memaksa katanya...BOOOOOO!!!! loser... yes u :)

setiap orang ada impian perkahwinan masing-masingkan... ikotkan hati mmg nak macam-macam nak kahwin dekat kayangan bersama jutaan manusia yang ensem kacak bergaya yang cantik manis anggun... dari atas pelamin bole cuci mata..huhu tapi apakan daya itu semua adalah mustahil dan tak logik...

sebelum kahwin kena ada :
- rumah 
- kereta
- kerjaya

selepas kahwin kena :
- jadi imam setiap solat
- pemimpin
- pembantu peribadi
- pendengar yang baik

ituuuu je..... bukannya demand sangat pon.. tapi kalau boleh kita nak yang terbaik dalam hidup kita kan... :)

persediaan nak kahwin tak perlukan hantaran berdulang-dulang... cukuplah senaskah al-quran sebagai hantaran, rm22.50 sebagai mas kahwin dan sedikit belanja untuk jamuan kecil-kecilan.. mestilah kena buat kenduri sbb nak inform kat orang.. kenduri kesyukuran katanya :) 

nak kawin tak susah pon pucuk pangkal dalam diri kita jugak betul ke kita nakkan dia atau sekadar nak bercinta dan putus ditengah jalan.. ingat! jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang :)

sikap yang tak dapat dikikis dalam diri ini ialah nak pasangan yang sepadan... tak taulah rasa macam best je kalau jadi "pinang dibelah dua" kalau kita nakkan jodoh kita yang baik kita kena lah jadi yang terbaik jugak kerana perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik...




Khamis, 29 Mac 2012

nasihat itu indah :)





Daripada Abu Ruqaiyyah   Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu   adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”

manusia suka menilai orang yang menegurnya bukan apa yang ditegurnya kan.. i strongly believe statement tue..!!  selalu selepas orang itu memberi teguran kita mesti akan cakap " cermin muka awak tue dulu macamlah bagus sangat macamlah dah baik sangat padahal perangai teruk nauzubillah" 

dekat new feed pesbuk kemain masing-masing nak up status power-power kan.. nak kumpul like agaknya (berdasarkan pengalaman sendiri...hahaha) eahhh!! awak taktahu kita bila orang update status islamic mcam tue dia sebenarnya nak ingatkan diri dia sendiri tapi dia kongsilah sekali dgn kawan-kawan "sharing is caring" so bila dia nak buat apa yang dia tulis mesti dia malu kan... mencegah dengan perbuatan dan juga lisan apa salahnya :)

kita manusia kan... sama-samalah ingat mengingati.. tapi bila awak nak ingatkan orang awak cakap baik-baik bole tak ? kenapa awak nak belagak baik ?? " eahhh! aku tak suka lah orang yang pakai tudung macam tudung saji kemain nak mekap 7 inci segala tak semayang ke kau eak ??? " kalau saya kena macamtue jgn menyesal hidup bila kena penampau tanpa henti.. amboiiii...!! cakap elok-elok sikit awak tue eahh.. sbb tue orang angin je " sibok nak jaga tepi kain aku.. tepi kain kau koyak tak tau ke?" hahaha 

"ikut suka aku lah nak pakai apa nak seksi ke apa kubur asing-asing jangan nak semak-semak sangat eah" awak mmg lah kubur asing-asing tapi nanti sapa yang nak uruskan awak ? awak nanti nak mati kenalah mandi jenazah dulu siap pakai kain kapan sendiri awak kan  pro tahu bila awak nak mati kan... jangan susahkan orang tau nanti.. lepastue awak gali lubang tujuh kaki tue sendiri kita tak dapat nak tolong sbb kubur katanya asing-asing.. nanti soleteeepppp mulut awak tue jangan buat bising dekat dalam tue.. kesian jiran sebelah dengar awak meraung.. kan bila kat dalam tue orang nak tidur awak nie suka menyusahkan orang lah... 



Adab-adab memberi nasihat


  
    1. Meluruskan niat sebelum menasihati  
    
    2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.   
    
    3. Bersih hati semasa menasihati.   
  
  4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati   saudara. 
  
  5. Memberi waktu dan kesempatan 





  "Jangan   jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia   untuk dinasihati"
       

“Barangsiapa yang menasihati   seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang   sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak   orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang   dinasihati.”


more review click me

calon suamimu


cakap pasal calon suami semuanya ada idaman kalbu masing-masing.. biasanya kalau perempuan nie dia jenis tak bape nak kesah sangat... tapi mestilah nak pilih future yang betul-betul takkan lah nak main tangkap muat janji ada dari takde... awak kena tahu "late is better than never" jgn terlalu terburu-buru dan jangan pulak terlalu memilih..                 

Sedap mata memandang

Tak semestinya kacak dan macho macam model hotstuff tue tapi biarlah bila kita pandang rasa sejuk je mata nie.. pedulikkk arhh orang cakap muka dia macam pecah rumah ke yang penting kita suka tgok dia dah cukup baik “bukan ekauuu yg nak kawin…ayo!” so ignore je eahhh org nak kata apa.. nak dengauu cakap orang mmg tak kemana… tapi ada orang kata jgn nak memilih sangatlah… tipuuu!!! Manusia ada nafsu kannn… mestilah nak molek-molek lidah boleh tipu orang hati Cuma allah je tahu J

Pendidikan

Tak semestinya bakal suami kita tak pernah sekolah kita amek PHD (bukan perasaan  hasad dengki) so tak bole kawin.. tapi mmg pelik pong tak sepadan arnn… alah ilekkk arh belum tentu kita blaja tinggi2 kita nie bagus blaja setakat nak pekse je buat apa (jgn terasa diri sendiri) orang yang tak pernah sekolah entah-entah lagi hebakkk dari kita kansss…

Kerjaya

Takkan nak nikah gantung lama-lama pon… kenalah kerja jugak.. keja tue kena lebih advance lah dari bini barulah bestkan.. owesome ! bukannya bini keja akauntan ekau duduk rumah goyang kaki jadi mr mama… unlike lah! Amboiiii… tahu tak tugas suami tue apa ???  biar keja kilang tapi jadi engineer kan. Don’t  judge a book by it’s cover

Usaha

Dah hensem.. abang sadong lagi.. hotstuff tuee!! Pandai wehhhhh setiap sem dekan anugerah pelajar cemerlang dari darjah satu taknak kalah. Kerjaya ? jangan cakaplah jadi pilot!!! Orang kaya merlimau katanya.haha  tapi tak pernah berusaha nak tambat hati bini nak pegi mana semua tue.. baik tapayah semuanya nak hidup selesa.. makan tanggung bxxxx cangkung gituuu ?? usahalah lah biar dia tgok kita nie kerja kutip sampah tapi appreciate dia.. bukannya buat tak tahu je bini pon manusia kan ada perasaan.

Paling penting !!!

Agama

Yang duniawi tak bawak pegi mana.. carilah suami yang mampu menjadi imam yang baik.. yang mampu memimpin kita dan anak-anak kita..bukannya mintak dibimbing.. sama-sama berubah jadi lebih baik.. tak jadi imam muda tape yang penting sama-sama meluruskan jalan yg bengkang bengkok tue.  Ya allah sweet nya J

Kesimpulan dari ceramah petang-petang nie.. terimalah kekurangan pasangan kita…

“kekuranganmu adalah kelebihan bagiku” (bisik kat telinga dia tau ayat nie)

Kisah silam semua tue usahlah dikenang.. think your future… kita yang corakkan hidup kita.. kan awak dah besauuu..

“cintai seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang bukan siapa dia sebelumnya”


Selasa, 27 Mac 2012

Jika Aku Jatuh Hati ♥


bismillahirrahmanirrahim.....
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…