ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما، وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله، وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار
” Tiga perkara yang jika ada pada seseorang maka akan dirasai kemanisan iman. Pertama, menjadikan Allah dan Rasul sebagai kecintaan yang lebih tinggi berbanding selainnya. Kedua, tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah. Ketiga, benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana benci dicampak ke dalam neraka. “[ H.R Bukhari ]
maafkan saya... saya mintak maaf sangat kalau tak dapat balas perasaan cinta awak itu.. bukan sebab saya memilih rupa paras, bukan sebab saya nak lelaki kaya dan bukan sebab saya....... (buatlah ayat awak sendiri)
sebenarnya kannn... hati saya sudah tertutup untuk mana-mana lelaki.. hati saya dah tawar.. tak rasa pape.. perasaan suka tue datang kejapppp je lepastue terus rasa biasa... cinta lagilah mmg takde langsung dah dalam list hidup saya sekarang... sbb tue saya tak dapat nak bagi feedback positive :)
boleh tak saya nak mintak satuuu je... berkawanlah dengan saya seikhlas yg awak mampu.. hilangkan perasaan yang lebih jauh dari itu.. awak tahu kan in islam no love before married.. supportlah saya untuk kearah itu bukan ajak saya terjerumus sekali lagi untuk jatuh cinta kepada seseorang yang tidak halal bagi saya..
kalau betul awak suka saya boleh tak awak simpan perasaan itu dalam hati awak ? biar allah je yang tahu.. bila satu hari nanti awak dah cukup semuanya... awak dah bersedia.. awak baru bagitau saya... dan waktu tue.. awak kena berfikiran terbuka sama ada saya terima atau tidak.... sebab apa ?
"cinta itu bukan paksaan cinta itu kurniaan allah yang paling indah... yang tak dapat dilihat tapi dapat dirasai"
ehem ehem sweetnya kalau orang yang cakap dia suka kita pada waktu dia benar2 bersedia nak peristerikan kita... kebetulan kita admire dekat dia dari dulu lagi... mesti senyum paling lebar sepanjang hari.... nak macamtue!!!!
Makan daging ayam itu adalah halal, tetapi makan daging ayam yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana perbuatan mencuri itu sendiri. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.
Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk melakukan maksiat atau zina, maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat telah terpesong. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin berkahwinlah.
Islam datang bukan untuk berkata:
“Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.
” Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Jika kamu memandangnya, kamu gembira. Jika kamu menyuruhnya, dia taat kepada kamu. Dan jika kamu tiada di sisinya, maka dia menjaga kehormatannya dan harta bendamu “.
[ H.R Muslim, Nasaie dan Ibn Majah ]


